Pages

Monday 31 December 2012

Ahlan wa sahlan 2013

Yeyyy i'ts a brand new day..
Today 1 of 365 pages, chapters 2013, series 22..
Semoga tahun baru ini memberi 1001 kenangan indah dan
pengalaman y berguna utk menghadapi hari2 mendatang..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Friday 28 December 2012

Sesuatu y xkan Dilupakan

Recently ade something happen..
Bukan nak mengungkit but utk dibuat pengajaran..
De someone ni sindir sorang manusia..
Tapi sindiran dia, bg aq sgt la xmolek..
Bkn ape, drpd dok menyindir org, kan lebih molek nasihat dengan lemah lembut dan berhemah.
Awk menyindir org mcm awk xpena buat dosa.
Awk bole sindir tp dengan syarat,, make sure ape y awk sindir 2, something y awk xpna buat. B4 u decide to judge someone, make sure you're not one of them. it's gonna backfire and certainly u don't wanna that to happen.
Jgn jd org y ckp xsrupe bikin.
Seriously la, aq ketawe mengekek2 bile bce sindiran org 2..
Aq trase, 'Ya Allah, sungguh dia xsedar diri n dy da bukak pekung dy sndiri tanpe dy sedar'.
Xgne if awk blaja tinggi2, muke cantik, pandai tp awk xjge ati org laen.
Ape salah dy kat awk sampai awk sanggup lukekan ati dy.
Jgn sbb dy bg kelonggaran awk still dpt contact ngan someone 2, awk pijak pulak kpale dy. Jd manusia 2 biarlah reti bersyukur ye syg.
Tiap bende ade limit dy. Don't ever think to cross it.
Org y selalu senyum ni actually bile da marah, mulut dy lebih bisa dari org bijak pandai tw.
Bila awk bermain dengan api, awk kne ready tok kene bahang dy.
De someone pena ckp, don't play game with someone who can play better. You will regret it..
You should know dear, when someone said sorry, means dy nak jge air muke awk tp awk melampau.
Awk still nak sindir dy even dy da rendahkan ego dy.
Seronok sgt ke jd org y selfish, besa kepala ni syg... 





You better ask yourself before you want to blaming and pointing others.
Oh pls be mature.

But we all know, people will talk about you when they envy you and the life you lead rite?
Let them. That's mean you affected their life. Don’t let them affect yours.


I'm not saying that I'm better than you.. Just awak kene paham.
Kita manusia sometimes kat bawah, sometimes kat atas.
Setiap manusia penah merasa berada kat bawah.
Therefore,
bile awak da kat atas, jangan terlalu angkuh and terlalu suke sangat dengan hidup awak..
Sebab awak sepatutnyer paham betapa sakitnya perasaan tu bile berada dibawah..
Kita mahkluk ALLAH memanh x lepas dari dosa. Tapi satu saja y saya nak tekankan,



RENDAHKANLAH DIRI SAMA ADA DALAM POSISI ORANG YANG MENASIHATI ATAUPUN DINASIHATI.

ORANG YANG MENASIHATI PERLU FIKIR BANYAK KALI AKAN CARA YANG PALING HIKMAH DAN ORANG YANG DINASIHATI PERLU CEPAT MENERIMA JIKA SESUATU ITU MERUPAKAN SUATU KEBENARAN DARI ALLAH.

P/s : Everyone deserves a chance to clean up their mistakes.



Tuesday 27 November 2012

Sihir

Fuh dapat nightmare tadi. Hmm nightmare ke? Haha mimpi macam tak relevan je tapi dalam mimpi tu aq sedey sangat. Sedar2 aq menangis even kat dunia realiti. Aq try research if ada pape maksud.. Hmm jom cekidaut..




Antara jenis2 sihir yang ada :-
  • Patung

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. 

  • Santau

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir. 

  • Telur Layang

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. 

  • Tangkal Dan Azimat

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. 

  • Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. 



Tanda2 Terkena Sihir Sebelum Rawatan :-
  • Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. 
  • Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. 
  • Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. 
  • Mimpi yang sangat menyeramkan. 
  • Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. 
  • Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. 
  • Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. 
  • Berperasaan sedih pada saat tidur. 
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. 
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. 
  • Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. 
  • Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. 
  • Bermimpi melihat hantu.
  • Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut. 
  • Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya. 
  • Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat. 
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya. 
  • Perubahan mengejut daripada mencintai sesuatu kepada membencinya atau sebaliknya.
  • Merasa sesak di dalam dada terlebih-lebih lagi setelah mengerjakan solat Asar dan solat Maghrib.
  • Pesakit sering merasa telah melakukan sesuatu padahal dia tidak pernah melakukannya.
  • Wajah menjadi pucat atau kekuningan atau muncul kesan lebam pada tubuh yang cenderung berwarna biru atau coklat tanpa diketahui puncanya.
  • Kerap menimbulkan pergaduhan di antara suami-isteri dan hubungan mesra di antara keduanya sukar diwujudkan. Demikian pula kerap bergaduh dengan sesama keluarga meski pun di sebabkan perkara remeh-temeh.
  • Malas dan tidak bersemangat, merasa letih yang berterusan dan selera makan berkurangan.
  • Sentiasa merasa kehilangan keseimbangan ketika berjalan.
  • Mendengar suara orang memanggil namanya namun dia tidak melihat orang yang memanggil namanya itu.
  • Rasa sakit yang berterusan pada bahagian bawah atau bahagian tengah tulang belakang dan rasa sakit di antara kedua bahu.
  • Kemampuan melihat dengan pandangan mata semakin lemah dan kerap mengalami rabun penglihatan secara mengejut.
  • Bersedih, berduka-cita, suka merenung bersendirian, cemas, kalut, kerap terkejut dan perasaan takut yang berlebihan.
  • Mengalami was-was yang dahsyat di luar kawalan dirinya (boleh membawa maut disebabkan tekanan/stress yang berlebih-lebihan).
  • Tercium bau peluh yang tidak seperti biasanya, tercium bau busuk atau bau aneh yang kerap tercium oleh pesakit, meskipun kadang kala tidak tercium oleh orang lain yang berada di sisinya, disamping kerap mengeluarkan keringat sejuk dan sering kali hendak membuang air kecil.
  • Kekuatan berjimak seorang suami mula melemah atau isteri kehilangan ghairah untuk berjimak.
  • Kerap bangkit berjalan ketika tidur, bangkit dari tdur tanpa hala tuju atau sering bercakap yang bukan-bukan ketika tidur.
  • Sentiasa atau selalu ditindih oleh objek berat ketika sedang tidur.

Tanda2 Sihir Ketika Dirawat Dengan Ayat2 Ruqyah :-
  • Pengsan atau berpeluh dingin.
  • Sesak nafas.
  • Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat di luar kesedarannya.
  • Memekik dengan suara yang kuat.
  • Perut membunyut atau perut menjadi kembung.
  • Suara mengalami perubahan atau kelaur suara aneh yang tidak seperti biasanya.
  • Urat leher tiba-tiba membengkak.
  • Mengamuk yang teramat sangat atau tidur secara tiba-tiba.
  • Tertawa atau menangis tanpa sebab-sebab tertentu.
  • Merasa pening, kepala terasa sakit, hendak muntah atau mengelurkan objek-objek tidak seperti biasanyadari segi bentuk mahupun warnanya.
  • Rasa pening teramat sangat.
  • Merasa berat pada bahagian anggota badan, merasa lenguh, suhu bandan yang secara tiba-tiba panas atau secara tiba-tiba menjadi sejuk.
  • Merasa bahawa ada sesuatu yang menarik salah satu anggota tubuhnya.
  • Merasa sakit hampir seluruh tubuh.
  • Anggota tubuh bergerak dan bergetar di luar kawalan.
  • Banyak mengeluarkan kahak.
  • Penglihatan mata tiba-tiba berubah menjadi rabun.
  • Bercakap tanpa dia sedari.
  • Banyak mengeluarkan peluh, lebih-lebih ladi di kawasan tulang belakang.
  • Air mata kerap berjatuhan atau hingus mengalir yang tidak seperti biasanya seperti selsema atau lain-lain.
  • Kerap menguap atau tidak selesa duduk di suatu tempat.
  • Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di tubuh atau warna kulit menjadi merah.
  • Merasa berat ketika membaca atau tidak minat menruskan bacaan ruqyah syar’iyyah.
  • Menggigil secara mengejut dan boleh dirasakan hampir di seluruh tubuh.
  • Kerap tidak sedarkan diri atau suara pernafasan terdengar kuat tidak seperti biasanya.
  • Wajah berubah menjadi hitam, namun ketika sebaik sahaja bacaan ruqyah selesai, wajahnya kembali bersinar.
  • Tercium bau yang teramat busuk yang keluar dari dalam perut menerusi mulut pesakit.
  • Denyutan janutng yang begitu cepat disertai getaran pada dada yang tidak menentu.
  • Kerap memejamkan mata atau mata sukar dipejamkan.
  • Lidah tersa pahit ketika meminum air yang dibacakan padanya ayat-ayat suci al-Quran semasa ruqyah dibuat.

Cara Atasi Sihir :-
  • Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya. 
  • Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- 
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi. 
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah. 
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong. 
  • Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan. 
  • Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah. 
  • Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang. 
  • Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya. 
  • Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam. 
  • Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang. 
  • Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing. 
  • Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan. 
  • Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
    • Ayat Kursi
    • Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
    • Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
    • Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

So people, be careful yaww (◕‿◕)